ANDA BERMINAT UNTUK MENJADI EJEN?

Assalamualaikum dan salam sejahtera!

 

Terima kasih kerana anda sudah menunjukkan minat untuk menjadi sebahagian daripada keluarga pengedar Santan Ukay. Kini, anda cuma selangkah sahaja bagi merevolusikan pengedaran santan segar kepada komuniti anda!

KELEBIHAN MENJADI EJEN KAMI

Modal yang rendah

Perniagaan tanpa premis

Untung yang tinggi (dengan usaha yang konsisten)

Lebih banyak masa untuk keluarga. Anda boleh menjual daripada rumah

BAGAIMANA ANDA BOLEH MENJANA PENDAPATAN

DENGAN MENJUAL SANTAN KAMI?

Anda beli santan daripada Santan Ukay pada harga RM5 per kilogram dan anda boleh jualnya kembali pada harga RM7 per kilogram. Anda akan mendapat RM2 keuntungan bagi setiap kilogram santan yang anda jualkan.

 

Kalau anda berjaya menjual sebanyak 20kg setiap hari, anda sudah boleh untung sebanyak RM40. Dalam masa sebulan, anda boleh meraih sehingga RM1200 keuntungan. Kalau anda usaha lebih, anda boleh mendapat keuntungan yang lebih daripada ini!

 

Anda tiada pengalaman untuk memulakan perniagaan ni? JANGAN RISAU!

 

Latihan, bimbingan, dan cara mempromosikan secara gila-gila akan kami ajarkan kepada semua ejen kami supaya anda boleh mendapat keuntungan semaksimum mungkin dengan menjual produk kami!

Anda tunggu apa lagi? Daftar sekarang juga untuk menjadi ejen kami!

1
×
Anda berminat untuk produk SantanUkay kami?
Whatsapp kami sekarang!